Showing posts with label Architecture. Show all posts
Showing posts with label Architecture. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

Eco-Perch Tree House oleh Blue Forest



Rumah pokok lagi. Kali ini ianya bukan tergantung, tapi berada di bawah pokok. Yang menariknya, rumah pokok ini adalah betul-betul rumah. Ya, rumah yang boleh kita tinggal dan hidup dalamnya. Bercorakkan rekaan kontemporari, ianya sesuai dengan penggabungan di antara elemen semula jadi yang mampu merehatkan minda.

Menurut arkitek dari firma Blue Forest ini, beliau menegaskan bahawa ;


  “its natural, organic geometry maximizes the relationship between the inside space and the outdoor setting, ensuring the structure sits harmoniously within the landscape.The building sleeps 4 people and is delivered, assembled and commissioned in approximately 5 days (subject to site preparation). The eco-PERCH design is flexible and can be adapted to suit your site where existing infrastructure is already in place. With options to assemble your building on the ground or in the treetops there are infinite possibilities for creating accommodation with a difference“.

Monday, April 9, 2012

Studio daripada Tiub Keretapi


Sekali pandang nampak seperti keretapi biasa yang melalui laluan keretapi London. Tapi ini bukanlah keretapi biasa, ianya digunakan oleh sekumpulan artis dari bandar London ini sebagai studio mereka. Unik dan Kreatif.


Tuesday, April 3, 2012

Gambar Menarik New York City


Aku adalah seorang peminat fotografi walaupun aku tak pandai ambil shot-shot yang lawa (secara manual like a pro la, kalau Auto orang zaman batu pon boleh). Jadi bila tengok gambar yang menarik first thing jadi kat aku adalah meremang bulu roma, ini perkara betul, bukan nak main-main.

Jadi layan sajala gambar menarik bandar New York ini oleh Andrew Carter Mace dengan kamera-nya iaitu sebuah Nikon D90.


Saturday, March 31, 2012

Taman Permainan Turbin Angin


Taman permainan di Rotterdam ini tidak seperti taman permainan yang lain. Ianya adalah taman permainan yang diperbuat daripada turbin angin yang dipotong dan dipateri menjadi objek yang sesuai di sebuah taman permainan. Direka oleh firma rekaan 2012Architecten, taman permainan ini juga menempatkan kerusi dan tempat rehat untuk ibu bapa yang melepak dikala anak-anak bermain.


Friday, March 30, 2012

Garaj Menjadi Rumah


Aku suka rumah yang kecil, cukup untuk bini dan anak-anak aku nanti. Seriously aku pon taktau kenapa aku tak suka rumah besar-besar. Dan sekarang rumah daripada garaj rekaan Michelle de la Vega ini menjadi rumah idaman aku. Garaj yang berukuran lebih kurang 250 kaki persegi ini diberi sentuhan yang amat teliti oleh perekanya dan lebih mengagumkan kebanyakan perabut di dalam rumah ini adalah barang buangan dan telah direka semula dan dinaiktaraf menjadi lebih cantik.


Thursday, March 29, 2012

Bangunan Sekolah Diselaputi Rumput


Ya, sekali lagi aku post mengenai 'bangunan'. Aku tak minat engineering, tapi aku suka design yang menarik dan unik macam ni, orang Melayu cakap "Tak Pernah Dibuat Orang". 

Ini adalah sebuah bangunan sekolah yang terletak di Spain. Direka oleh firma arkitektur Estudio Huma, bangunan ini direka dengan idea 'belajar daripada alam semulajadi. Dibuat dengan rekaan yang cukup minimalistik di mana ruang dalamannya masih menampakkan warna konkrit asli tanpa sebarang lapisan cat.

Kan bagus kalau sekolah aku macam ni. Kalau tak macam ni pon sekurang-kurangnya janganla bagi sekolah aku sama macam sekolah orang lain kan.


Wednesday, March 28, 2012

PodHotel

Podhotel adalah sebuah Pod rekaan POD Design. Bertempat di Flims, New Zealand, ia merupakan sebuah Pod yang telah ditebat dengan sempurna untuk mengekalkan suhu yang selesa di kala musim sejuk. Dengan segala kemudahan yang sudah siap seperti katil, pencahayaan, elektrik dan juga alat pemanas ianya disewa dengan kadar 62$ hingga 90$ dolar.

Juga boleh dibeli dengan harga berdasarkan saiz dari 11 000$ hingga 22 000$



Tuesday, March 27, 2012

Balai Polis atau Koban dari Jepun


Aku paling suka rekaan bangunan yang unik dan lain dari yang lain, tak kira la bangunan apa sekalipun, kali ni aku nak tunjukkan sebuah balai polis di atau dipanggil Koban di Jepun ni. Ianya adalah hasil rekaan Klein Dytham Architecture yang tampil kreatif dengan rekaan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Widgets